Saturday, August 28, 2010

awak.....
sebelum kita membuka langkah untuk membawa
peristilahan tentang kita,
saya ragu-ragu....
fikiran saya berselirat dengan seribu pemikiran dan perjanjian
hidup saya....

awak bukanlah yang pertama...
bukan jua yang terakhir...
kerana yang pertama dan terakhir itu
telah saya sematkan hanya dia yang selama ini
menjadi permata hati saya...
walaupun dia...tak ada disisi saya....

awak....
saya nak kita sama-sama berjaya....
ada banyak perkara yang perlu
kita pelajari...
ada banyak onak berduri yang perlu
kita tempuhi.....
saya harap dan berdoa agar kebahagiaan untuk awak akan
datang dan itulah kebahagiaan yang awak nantikan selama ini...

saya bukan tercipta untuk awak....
dan itulah kata hati saya....
saya tak mahu awak bersedih dan menderita suatu masa
akan datang....
biarlah kita merasai kelam dan pahit sekarang...
dan itulah yang lebih baik untuk kita
sebenarnya....

Buat dia yang bertakhta dihati....
selamanya dikau dihati...
takkan ditukarganti...
dan takkan mati pada hatiku....

awak....saya minta maaf.......
dan moga cinta saya untuk dia utuh selamanya.....

Friday, August 27, 2010

salam inspirasi =)

bismillahirrahmanirrahim...

Bersyukur ke hadrat ILLAHI .
hari ini saya berjaya mencipta blog untuk saya kongsikan pEmikiran,
karya dan kehidupan saya yang saya jalani setiap ketika saya berada dalam
dunia milik Yang Maha Agung =)

selama ini saya hanya menulis karya2 saya pada sehelai kertas..
dan selalu juga saya meminta pendapat teman2 saya ..
tetapi pada suatu hari salah seorang kawan lelaki saya mencadangkan kepada saya untuk mempamerkan karya saya ke dalam blog..ini kerana pada pendapat dia..
blog adalah salah satu medium untuk saya mengimpresikan karya2 saya di mata masyarakat kita....
sememangnya kalian tidak mengenali saya..tetapi kalian akan mengenali saya melalui karya2 yang bakal menghiasi bLOg saya =)

Sebagai intiha,saya mengharapkan pendapat dan kOmen dari semua bloggers ..
semoga saya dapat memperbaiki karya saya dari semasa ke semasa ..

terima kasih kerana sudi singgah di BLOG saya ..

wassalam =)